Sistem e-Istilah merupakan sistem berasaskan web yang digunakan untuk memadankan istilah Bahasa Inggeris di bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dengan padanannya dalam Bahasa Melayu yang bersesuaian dan sebaliknya istilah Bahasa Melayu dipadankan dengan Bahasa Inggeris. Kesemua maklumat berkaitan istilah akan disimpan di dalam satu pangkalan data yang membenarkan pengguna dengan mudah mencari istilah yang diperlukan. Selain itu, sistem e-Istilah juga membenarkan pengguna berinteraksi sesama sendiri bagi mengadakan perbincangan mengenai hal-hal yang membabitkan istilah.
Sistem ini dibangunkan sebagai usaha memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan demi mencapai wawasan kerajaan untuk memajukan negara berdasarkan sains dan teknologi.

Anda ialah Pelawat ke- 8929
HakCipta © 2001-2002 FSKTM, UM. Semua hak terpelihara.